maibaca

dimensi baru wibawa dan informasi

Pelakon 80-an, Puteri Salbiah didakwa menipu, palsu dokumen

Komen anda »

KUALA LUMPUR — Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat
Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat
pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan dua pertuduhan
memalsukan dokumen, tiga tahun lepas.
Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang
peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu,
Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan
Sipah Duis@Sipak Duez.

puteri salbiah
Ahmad dan Sipah adalah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di
Mukim Rim, Jasin, Melaka.
Menurut laporan Bernama Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Burger King,
tingkat bawah bangunan Kuala Lumpur City Centre, di sini pada 10.45 pagi, 1
April 2010 dan pada 11 pagi, 23 Jun 2010.
Bagi pertuduhan itu, Putri Salbiah didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memalsukan dokumen
iaitu kad pengenalan atas nama Ahmad dan Sipah sebagai pengenalan bagi Maajis
dan Yang Azizah.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(j)
Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) membawa hukuman
penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap
pertuduhan dan menurutnya jumlah itu munasabah kerana tertuduh tidak memberi
kerjasama kepada polis dan ditangkap di Brunei dengan kerjasama pihak berkuasa
negara itu serta dibawa ke Miri untuk direman.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah
Khan memohon supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 bagi kesemua
pertuduhan kerana anak guamnya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan
tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi.
Mohd Shahrullah berkata tertuduh menjaga bapanya yang sakit di Brunei dan
beliau akan memastikan anak guamnya hadir pada setiap prosiding dan perbicaraan
di mahkamah.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh dijamin RM24,000 bagi
kesemua pertuduhan serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 16
Ogos bagi pengurusan kes.

About these ads

Written by maibaca

Julai 11, 2013 pada 3:00 pm

Dikirim dalam Utama

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 479 other followers

%d bloggers like this: