“Farid Kamil Ada Darah Keturunan Perdana Menteri Pertama”, Soffi Jikan Ulas Isu Penahanan Farid Kamil

Memetik laporan media, Soffi Jikan, pelakon terkenal yang membintangi filem Rock itu mendakwa bahawa Farid Kamil ada darah keturunan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

Soffi ketika ditemubual berkata, “beliau (Farid) mempunyai jiwa seorang pemimpin yang hebat dan beliau adalah seorang pemidato yang hebat.” Dia juga menambah, Farid juga mewarisi ciri-ciri kepimpinan tersohor itu.

“Walaupun berada dalam keadaan tertekan dan kemurungan, beliau masih lagi boleh berkata tentang kebenaran dan segala perkara tentang masalah sosial, masyarakat dan perjuangan seni,” kata Soffi yang cukup dikenali menerusi filem Rock itu kepada media ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.

“Ya, benar dan saya tahu dia mempunyai masalah kemurungan dan saya sudah bercadang untuk membawanya bertemu dengan pakar psikiatri dan kaunseling.

“Namun sebelum itu saya juga ada berbincang dengan Farid untuk membawanya bertemu dengan orang kuat agama untuk menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapinya. Tetapi saya rasa bersalah melepaskannya seorang diri pulang ke rumah ketika keadaannya masih tidak stabil,” kata Soffi yang turut mengakui Farid ada menggunakan akaun Bigo Live miliknya untuk tujuan suka-suka sehari sebelum ditahan pada Khamis. – K! ONLINE

Dia juga mengesahkan berada bersama Farid sehari sebelum kejadian dan turut mengakui bahawa Farid ada menggunakan akaun Bigo Live miliknya untuk tujuan suka-suka.

Sumber: Kosmo Online