‘baru 3hari ayah meninggal, pak sedara saya datang tuntut rumah pusaka arwah’

 

Allahu, perasaan geram dan sedih melanda diri bila membaca luahan hati anak bongsu tiga beradik ini yang berkongsi kisah dia dan keluarganya dilayan seperti nak tak nak oleh saudara mara sebelah arwah bapanya. Keadaan bertambah menjadi lebih buruk apabila ibunya pula meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

Di kala tanah kubur masih merah, si anak sudah dihubungi oleh saudara mara sebelah arwah ayahnya yang mahu menuntut rumah pusaka yang didiami mereka sejak dari kecil lagi. Tergamak benar melakukan perkara seperti ini seolah-olah mereka tiada perasaan bersimpati dan sensitif.

PAGI tadi tiba-tiba salah seorang makcik sebelah arwah ayah saya hantar mesej di WhatsApp. Dia bagi salam, jadi saya jawab salam dan saya dah agak sebenarnya sebab apa.

Makcik saya ini tidak pernah pun bertanya tentang khabar saya. Keluarga saya ini seperti terpinggir sikit dari pakcik makcik yang lain. Arwah ayah saya kerja biasa-biasa saja.

Tujuan makcik saya itu WhatsApp sebab nak pinjam duit. Jadi betullah apa yang saya sangkakan! Ya, saya tak bagi pinjam. Sebab? Saya memang berdendam dengan pakcik dan makcik sebelah arwah saya ini sejak dari kecil lagi. Lagipun saya bukannya anak buah kegemaran mereka. Bagi mereka, saya tak wujud pun tak apa.

Kenapa saya berdendam? Dulu-dulu kalau keluarga sebelah arwah ayah saya berkumpul, mereka layan saya macam nak tak nak saja. Tetapi kalau anak buah dari keluarga yang kaya bukan main lagi. Siap simpan makanan semua bagai. Kalau saya pergi, saya akan duduk dekat dengan mak saya sebab tak dilayan orang lain.

Sebab kedua? Mana ada mereka nak datang beraya di rumah kami. Kalau datang pun sekejap saja. Iyelah, rumah kayu biasa saja kan. Tetapi jujur saya cakap, saya bahagia dengan keluarga kecil saya, mak, ayah, kaklong dan abang Lie.

Sebab ketiga? Ini yang membuatkan saya benar-benar berdendam. Selepas kematian ayah saya pada Mei 2007, saya ditawarkan untuk sambung belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Masa itu saya seronoklah sebab dapat sambung belajar. Tetapi yang sedihnya ayah saya tak dapat tengok. Ayah meninggal tiba-tiba.

Saya kena daftar di UPM pada Julai dan semua perkara saya uruskan sendiri. Yelah, mak saya mana boleh keluar rumah sebab masih jaga tempoh eddah selepas kematian suami.

Masa bulan Jun, mak saya call pakcik makcik saya sebab nak minta hantarkan saya ke UPM. Saya duduk di Terengganu. Tahu apa jawapan mereka?

“Tak boleh tolong sebab ada hal!”

Oh lupa, adik beradik arwah ayah saya ada tujuh orang. Semua tak boleh tolong! Selepas letak phone itu, saya ingat lagi yang mak saya menangis.

“Dik, tak payah sambunglah. Tak ada orang nak hantar,” kata mak.

Sumpah saya menangis semasa menulis ini. Tetapi saya nekad nak sambung belajar. Keesokannya saya naik motosikal, beli tiket bas ke Kuala Lumpur. Saya nekad pergi seorang diri dan register sendiri sebab itu memang cita-cita saya.

Dah dapat tiket bas, mak saya contact abang saya di Kuala Lumpur. Abang saya jual burger masa itu dengan kawan dia di Klang Lama. Tetapi abang saya tak ada kereta nak hantar saya ke UPM. Tetapi kawan abang saya setuju nak membantu.

Bila tiba hari nak naik bas itu, jiran saya hantar ke tempat perhentian bas. Sedihnya, sumpah sedih. Sepanjang berada dalam bas itu memang saya menangis! Satu sebab tak pernah ke Kuala Lumpur, satu sedih sebab tinggalkan mak saya di kampung.

Dipendekkan cerita, saya sampai di Kuala Lumpur, kawan abang saya datang ambil di Hentian Putra. Malam itu saya menumpang tidur di rumah kawan abang. Keesokannya tunang kawan abang saya datang ambil saya dan bawa pergi beli barang seperti baldi, sabun basuh semua bagai sebab saya cuma bawa pakaian saja.

Bila dah selesai semua register itu, tiada seorang pun pakcik makcik yang call tanya khabar saya. Sampai saya habis belajar. Tiga tahun saya belajar, keluarga saya tak pernah datang UPM. Mak saya pernah ajak pakcik makcik itu datang menjenguk saya tetapi biasalah mereka beri alasan yang sama, sibuk!

2010, keluarga saya kemalangan. Dua bulan saya jaga mak tukar empat hospital dan lain-lain negeri. Ya, saya tak kerja pada masa itu. Tetapi sebab saya ejen insurans, jadi tak ada masalah. Ada income sikit.

Disember 2015, mak saya meninggal dunia di hospital selepas seminggu operation akibat jangkitan kuman.

Tiga hari selepas mak meninggal, adik arwah ayah saya datang nak menuntut rumah pusaka arwah mak ayah saya! Kau tak ada dalam kesusahan kitorang, tiba-tiba tanya harta!

“Tak apa, saya akan uruskan hal ini dengan pejabat agama dan pejabat tanah,” kata saya pada pakcik.

Keesokannya saya dan kaklong pergi ke Pejabat Tanah sebab nak tanya hak kami tentang harta pusaka itu. Pegawai itu kata, pakcik dan makcik saya itu tiada hak dalam rumah pusaka itu sebab pemilikan rumah itu di atas nama rawah mak saya dan kakak saya. Diorang kan adik beradik sebelah arwah ayah saya.

Oh lupa. Semasa mak saya di hospital, pakcik makcik sebelah ayah saya masukkan saya dalam WhatsApp group sebab mereka nak tahu sangat status rumah pusaka itu. Saya terus saja WhatsApp dalam group itu supaya mereka tahu akan fakta sebenar!

Memang masa itu saya kurang ajar sebab saya ungkit semua perkara yang saya tulis di atas tadi. Saya siap buat karangan! Point by point supaya mereka terasa! Selepas itu saya keluar dari group WhatsApp itu. Selepas saya keluar, terus pakcik makcik call saya minta maaf dan ajak berjumpa.

Keesokannya saya pergi menghadap pakcik makcik saya. Saya tak takut sebab saya betul dan saya sudah menyimpan perasaan dendam ini sejak dari kecil lagi. Jadi mereka meminta maaf bagai sambil memeluk dan menangis. Saya relaks saja sebab hati saya memang dah keras. Memang saya berdendam!

Sumpah saya rasa tersentap dengan apa yang mereka buat pada saya dan keluarga. Tetapi serius saya memang tak ada rasa kasih sayang dah pada mereka semua. Kenapa cari saya? Mana pergi anak buah kegemaran mereka? Sebab nampak saya dah senang? Sumpah saya maki dalam hati tadi.

Itu sajalah cerita saya. 30 tahun saya menahan kesabaran. Kisah hidup saya dah seperti drama Melayu. Saya cuma sayang pada keluarga kecil saya dan makcik sebelah arwah mak saya. Wajah makcik saya seiras dengan arwah mak saya. Dia sajalah yang paling rapat dengan saya. Tetapi sekarang, makcik saya pun dah tua dan tak sihat.

Kalau korang dah habis baca, tolong sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mak saya Robiah bt Sulong dan arwah ayah Abu Bakar bin Embong. Terima kasih semua.

Ini rumah pusaka arwah mak dan arwah ayah tinggalkan untuk kami adik beradik. Gambar itu dirakam pada malam raya 2015 sebelum mak meninggal dunia pada Disember 2015. Pelita itu mak saya simpan sejak 2006. Arwah ayah yang belikan sebelum meninggal dunia pada Mei 2007. Masa itu mak paksa suruh pasang dan ambil gambar.

Sumber: Saiful

“Otaknya Terburai Dan Saya Tadah Dengan Tangan,” Ibu Mangsa Cerita Detik Tragis Ketika Anaknya Dihempap Kerusi Pejabat

16 Jan – Ibu kepada remaja yang dihempap kerusi pejabat yang dibaling dari tingkat atas kediaman pangsapuri (PPR) di Pantai Dalam, tidak dapat mengawal rasa kesedihan atas kejadian yang menimpa anaknya itu, lapor Awani.

Kasthuribai a/p M.Sattayappan, 45, berkata, kejadian tragis itu berlaku didepan matanya sendiri malam semalam di Flat PPR Seri Pantai.

Menurut ibunya, dia bersama anaknya bongsunya itu, Satiswaran turun ke bawah flat berkenaan kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolah.

Namun, kad tambah nilai yang ingin dibeli tiada. Mendiang Satiswaran mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan secara tiba-tiba sebuah kerusi yang didakwa dibaling dari tingkat 21 menghempap kepala mangsa sehingga terbelah.

“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat, tetapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya, lalu saya menjerit meminta tolong,” katanya.

Kasthuribai yang masih dalam keadaan trauma, sering berkata mengapa anaknya dibunuh sedangkan anaknya tidak pernah mengganggu sesiapa.

“Ini bukan soal nyawa orang India, bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina, tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain,” ujarnya

Katanya, hari ini nyawa anaknya sudah melayang kerana sikap bodoh orang lain yang mengambil jalan mudah membuang kerusi yang sudah rosak itu dari tingkat atas tanpa menghiraukan keselamatan orang lain yang berada di bawah.

“Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati, hari ini anak saya sudah mati dan nyawanya tidak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua?” katanya

Difahamkan, mayat mendiang Satiswaran masih berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk upacara pengkebumian.

Nenek kepada mendiang yang tinggal di tingkat 21 berkata, dia tahu dan kenal dengan kerusi yang menimpa kepala cucunya dan dikatakan adalah milik jirannya yang diletakkan di luar rumah.

BACA: Remaja Maut Ditimpa Kerusi Buruk Dibuang Kebawah Dari Tingkat Atas Rumah Flat

Sumber: Astro Awani, Remaja

Hilang Dalam Perjalanan Ke Kelas Mengaji, Ditemui Mati Dalam Timbunan Sampah Jadi Mangsa Rogol Dan Bunuh

13 Jan – Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang dilaporkan hilang di Kasur, Pakistan akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam timbunan sampah Selasa lalu.

Mayatnya ditemui di dalam keadaan yang sangat menyedihkan apabila dia dipercayai dirogol sebelum dicekik sehingga mati dan dibuang di dalam timbunan sampah lapor Indian Express

Mangsa dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji Al-Quran dan mayatnya ditemui hanya dua kilometer dari rumahnya.

Ini bukanlah kes kerakusan yang pertama berlaku di Pakistan dalam tempoh terdekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Dalam 12 kes tersebut, 5 daripadanya dilakukan oleh suspek yang sam yang masih lagi gagal dikesan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Kematian tragis Zainab itu mendapat bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya. Menurut mereka, mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang dikatakan gagal menangani kes sebegini.

Rusuhan yang turut meragut nyawa apabila dua penunjuk perasaan ditembak mati oleh polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.

Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh atas usaha yang dilakukan ahli keluarga Zainab sendiri.

Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial. Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia.

Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kriket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.

”Takpe Dekat Je Depan Tu,” Suami Degil Biarkan Isteri Baru Bersalin Berjalan Sendiri Sambil Mengendong Bayi

Hargai isteri anda selagi hayat masih ada. Ayat biasa yang selalu kita dengar, tapi berapa ramai lelaki yang benar-benar menghargai isteri? Bukan sahaja dari bentuk material atau wang ringgit, tapi penghargaan itu juga dari segi percakapan atau perbuatan seorang suami terhadap isteri.

Cuba anda semak semula sikap anda pada isteri, adakah perbuatan anda selama ini menunjukkan anda sebagai suami yang menghargai isteri atau sebaliknya.

Mendapat lebih dari 5 ribu perkongsian dalam beberapa jam, kisah yang penulis ingin kongsikan ini dipetik dari facebook Al Irfan Jani melalui pengalamannya sendiri. 

Tidak patut seorang suami berkelakuan sedemikian, ditambah pula dengan keadaan isterinya yang baru sahaja melahirkan anak mereka. Nampak remeh, tapi sebenarnya dalam kes ini sangat penting mengambil berat akan keadaan isteri yang telah berkorban nyawa melahirkan zuriat.

Jom kita baca perkongsian di bawah ini. Mungkin boleh dijadikan ikhtibar buat lelaki di luar sana agar lebih menghargai isteri anda !

Sewaktu mengiring isteriku keluar dari wad bersalin bersama bayinya, kami ditemani Abah dan ibuku Ama. Sambil menunggu di salah satu dari empat pintu lif, di belakang kami, datang seorang suami bersama isterinya.

Si isteri itu mengendong bayi yang baru dilahirkan. Perlahan-lahan si ibu ni menyusun langkah. Sesekali berhenti sebentar mencuri nafas.

Aduhai, bagaimana tidak aku merasa janggal sekali? Sedang aku pulak sedang menyorong kerusi roda isteriku dengan anak baru kami di pangkunya. Kasihannya kami pada si ibu ini.

Bersama kami menunggu lif, seorang lelaki bertaraf pakcik bagiku, tiba-tiba menegur tiga beranak ini. “Eh…. kenapa awak berjalan kaki ni? Kan ada kerusi roda? Jauh ni…”

Ama yang baru perasan turut menoleh, “Ha, ah. Awak (si suami) boleh turun ke tingkat bawah, tinggalkan IC/Lesen, dan ambilkan kerusi roda di kaunter untuk isteri. Isteri tinggal kejap duduk di sini.”

Sang ibu cuma tersenyum kelat. Jelas raut wajahnya tidak bermaya, letih melahirkan pun masih tersisa lagi. Suaminya menjawab, “Tak apa, kuat lagi ni.”

Mendengar itu, entah kenapa ibuku begitu ‘fighter’ sekali… “Ehhh… Janganlah cakap macam tu. Yang kuat tu awak. Kesian dia (isteri) ni, penat bersalin tadi.”

“Tak apa, ok lagi ni. Dekat je depan tu,” si suami menyambut lagi. Bertambah geram lagi kami bila mendapat respon begitu.

Pakcik tadi sedikit tinggi suaranya, “EH JAUHHH… JAUHH tau nak ke pintu bawah sana. Memang dekat bagi awak. Jauh bagi isteri tu…”

Si suami dengan senyum paksa, “Ok je ni, takpe.” Isteri di belakangnya masih senyum kelat dari tadi.

Aku yang turut ‘mendidih’ ni, tiba-tiba nak join sekali, “Tengah hujan ni, bang. Jalan licin tau, bahayaa…”

Mungkin perasan situasi ini semakin ‘tegang’, Abah aku cepat-cepat menyelit, “Dah, dah, takpe. Dah orangnya taknak. Biarlaaa…”

Sekonyong-konyong sepi terus suasana. Selang beberapa saat, pintu lif pun terbuka. Lalu semua orang pun masuk, membawa sepi bersama.

Phew, walau macam mana pun, kita kena berterima kasih pada Abah. Entah tak tau jadi apa kalau dibiar tegang suasana tadi. Betutllah kata Abah, itu adalah pilihan dia. Mungkin amat biasa bagi sesetengah orang, untuk memilih jalan payah dalam hidupnya.

Aku sebagai suami, sejujurnya, faham benar kenapa lelaki itu tidak mengambil kerusi roda demi isterinya. Kerana, aku yang lelaki pun TERCUNGAP-CUNGAP weh nak ambik kerusi roda tu.

Diulangi, aku ni lelaki tau. Lelaki yang tidak lalui TIGA ZAMAN INI:

1) YANG TIDAK rasai loya muntah sakit kaki silang urat sembilan purnama macam perempuan masa mengandung.

2) YANG TIDAK bertarung curi-curi nafas atau dipotong dijahit pada tubuh demi lahirkan nyawa baru bagai ibu yang melahirkan.

3) YANG TIDAK berhencut-hencut menyusui anak ikat perut jaga makan minum tenaga seperti ibu lalui detik-detik berpantangnya.

Aku ni lelaki tau, YANG TIDAK lalui ketiga-tiga zaman ini, PUN BOLEH TERCUNGAP-CUNGAP nak pergi ambil kerusi roda ni dari tingkat bawah nak bawa naik ke atas?

Ambil kerusi roda tau, benda beroda tu. Aku tak kena pikul pun kat bahu. Pun boleh tercungap-cungap?

Ko ghase? Beza tak tercungap-cungap tu, dengan TIGA ZAMAN tu?

Sumber : Al Irfan Jani

“Dulu Nak Naik Tangga Pun Tak Larat,” Lelaki Amal Diet Jaga Pemakanan Buat Beratnya Hilang 40kg Selama 5 Bulan

13 Jan – Pernah dengar tentang Diet Atkins? Diet Atkins adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak.

Dengan mengurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr. Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu, ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Diet Atkins juga telah lama menapak di Malaysia dan ramai rakyat Malaysia telah berjaya menurunkan berat badan daripada sistem diet tersebut.

Di Malaysia juga telah menubuhkan ‘Group Facebook’ Diet Atkins Malaysia dan bermula daripada group itu lah Atkins mula tersebar di Malaysia.

Seorang ahli group Diet Atkins Malaysia telah berkongsi di dalam kumpulan tersebut apabila beliau mengambil masa 5 bulan sahaja untuk turunkan berat badan dari 115kg kepada 75kg.

Beliau yang bernama Mazuan Farishman Adam telah berjaya mencapai berat badan impiannya dengan mengamalkan sistem Diet Atkins.

Menurut Mazuan, kehidupannya berubah 360 darjah dan tidak pernah menyangka bahawa beliau mampu untuk mencapai impiannya itu.

“Dulu nak naik tangga pun tak larat, sekarang dah boleh naik gunung,” tulisnya.

Beliau juga menjelaskan, bukan mudah untuk menjadi kurus dan sangat mudah untuk menjadi gemuk semula.

“Selagi dalam pemikiran kita gunung itu tinggi untuk didaki selagi itu lah kita tak mampu melakukannya,” ujarnya.

“Saya ‘Jijik’ Melihatnya,” Surat Terbuka Doktor Warga New Zealand Mengenai Pakaian Seksi Pramugari Malaysia

15 Jan – Syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia sekali lagi digesa untuk menguatkuasakan pakaian menutup aurat untuk setiap pramugarinya supaya tidak menjejaskan imej dan memberi tanggapan yang salah terhadap Malaysia.

Perkara ini didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negara, Datuk Hanafi Mamat dimana beliau berkata, seorang wanita warga New Zealand telah menulis sepucuk surat kepadanya yang menyatakan rasa jijik apabila melihat uniform yang digayakan sebuah syarikat penerbangan negara.

Menurut Hanafi, surat tersebut ditulis adalah sebagai respon Dr June Robertson kepada gesaannya di dalam Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari tersebut.

“Robertson menulis surat ini selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan saya terhadap pakaian pramugari yang terlalu seksi,” katanya

Dalam surat tersebut, Robertson menyatakan beliau akan ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lepas kerana sukakan negara ini.

Dia merasa jijik apabila melihat pramugari penerbangan yang dinaikinya memakai skirt yang terlalu singkat dan pengalamannya berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.

Robertson dikatakan menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberi layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka. Beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka.

Sebelum ini, Datuk Hanafi Mamat dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 telah mencadangkan agar kerajaan memperkenalkanpakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia.

“Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baru supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Langkah tersebut dikatakan tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan.

Robertson juga turut membandingkan syarikat tersebut dengan syarikat penerbangan eropah yang lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat.

“Mereka tidak perlu memakai skirt sesingkat itu,” tulis Robertson lagi.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan,” katanya.

(Gambar & Video) Sebuah Kereta Terhumban Dalam Tanah Runtuh Di Mersing

Tanah runtuh di Kilometer 16, Jalan Jemaluang – Mersing telah mengakibatkan jalan raya itu ditutup kerana kerosakan yang besar dan tidak selamat untuk dilalui mana-mana kenderaan.

Menurut Ketua Polis Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata runtuhan itu membabitkan keluasan sebesar 70 meter dengan ketinggian cerun 15 meter. – Harian Metro

“Kita menerima panggilan orang awam mengenai tanah runtuh pada 2.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan, laluan tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan sama ada ringan atau berat.

“Sehubungan itu, jalan berkenaan ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau menambah, ketika kejadian berlaku terdapat sebuah kereta pacuan empat roda telah terhumban jatuh kedalam runtuhan namun pemandu dan penumpang cedera serta telah dirujuk ke Hospital Mersing bagi pemeriksaan lanjut.

Cyril berkata, orang ramai yang ingin ke Johor Bahru atau Mersing boleh melalui Jalan Nlitar – Jemaluang sebagai laluan alternatif.

Sumber: Harian Metro

“Ada Pihak Manipulasi Analisa Kami,” Jabatan Meteorologi Nafi Isu Tular Suhu Rendah Di Seluruh Negara Sebabkan Demam Panas

Menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia tengah hari ini memaklumkan bahawa isu putar belit fakta berkaitan suhu terendah seluruh negara itu adalah palsu.

Isu ini tular apabila ada segelintir pihak telah memanipulasi analisa daripada pihak Meteorologi Malaysia dengan memberitahu bahawa “Malaysia mengalami penurunan suhu berikutan hujan tanpa henti dibeberapa kawasan barat Malaysia yang disebabkan perubahan tolakan angin monsun dari Filipina”

Melalui mesej tular itu telah menasihatkan orang ramai untuk memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak seterusnya membawa demam panas.

Berikutan isu ini, Jabatan Meteorologi Malaysia telah memuat naik surat melalui akaun Facebook yang mengulas lanjut isu suhu palsu tersebut dan memberitahu bahawa suhu minimum yang direkodkan hari ini (13 Januari 2018) ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah sahaja. Manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang selalu berlaku pada waktu awal pagi.

Perubahan cuaca ini terjadi akibat cuaca mendung, hujan berterusan serta pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka beterusan sehingga Ahad, 14 Januari 2018.

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Facebook Akan Mengalami Perubahan Besar-Besaran – Mark Zukerberg

12 Jan – Facebook akan membuat perubahan besar untuk menjadikannya sebuah media sosial yang lebih bermakna untuk para penggunanya.

Pengumuman itu dibuat oleh pemiliknya sendiri, Mark Zuckerberg di dalam entri terbaru melalui akaun facebook rasmi miliknya baru-baru ini.

Dalam status terbaru yang dimuat naik itu juga, Zuckerberg mengatakan ‘Facebook News Feed’ telah menjadi terlalu padat yang datngnya daripada berita tentang perniagaan, jenama dan media.

Dia percaya bahawa perkara ini terjadi kerana rangkaian sosial telah hilang punca daripada matlamat sebenar yang membawa kepada kurang pendekatan kepada pengguna.

Ini menjadikan Facebook menerima pelbagai kritikan kepada masalah sosial dan masalah politik seperti pembuli siber dan berita palsu.

Dalam menyelesaikan masalah itu, Zukerberg mengatakan akan menjadikan Facebook lebih baik kepada pengguna.

Beliau juga menulis, sejak Facebook lebih banyak tertumpu kepada kandungan umum daripada rakan-rakan dan keluarga, keseimbangan yang ada dalam suapan berita telah menyimpang jauh dengan apa yang sepatutnya Facebook mampu lakukan iaitu menghubungkan dengan sesama sendiri.

Perubahan ini bermakna ‘posting’ umum daripada penerbit seperti berita organisasi akan menjadi berkurangan di dalam suapan berita. Sebaliknya, ia lebih kepada interaksi bersama rakan dan keluarga.

“Tetapi saya akan memastikan, masa anda bersama Facebook akan lebih bermakna.”

“Jika kita membuat perkara yang betul, saya percaya ia akan menjadi baik untuk komuniti kita dan perniagaan kita untuk jangka masa yang panjang juga,” katanya.

Facebook yang telah diperkenalkan sejak 2004, telah memiliki lebih 2 billion pengguna setiap bulan, dan menghampiri populasi ketiga dunia.

Pengasasnya Mark Zuckerberg kini memiliki harta anggaran sebanyak $74 billion dan menjadikan beliau individu kelima terkaya di dunia.

Sumber: Mark Zuckerberg

”Budak Berak Dalam Kelas, Cikgu Jugak Yang Basuh” Tak Mahu Hargai Kami Sebagai Guru Banyak Sikit Pun Jadilah

Terima kasih cikgu. Berapa ramai ibu bapa yang mengungkapkan kalimah keramat ini kepada guru yang mendidik anak mereka? Betapa besar jasa seorang guru dalam mendidik, tak ternilai oleh wang ringgit.

Skop tugas seorang guru itu tidak terhad sebagai pendidik sahaja. Tidak keterlaluan sekiranya guru diibaratkan sebagai ibu bapa di sekolah. Segala teguran dan nasihat adalah dengan niat yang ikhlas.

Namun begitu, kerjaya guru tidak terlepas dengan cabaran. Di sekolah menengah, guru terpaksa berhadapan dengan emosi remaja yang memberontak, di sekolah rendah pula guru berhadapan dengan kerenah anak-anak kecil yang bermacam ragam.

Jika ditanya kepada guru, pasti ada sahaja kenangan yang tidak dapat dilupakan. Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh guru ini dalam menangani kes murid lelaki tahun 1. Dia membuang air besar di dalam seluar, sampai habis kotor semua pakaiannya. Cikgu jugalah dengan rasa tanggungjawab dan sabar membersihkan murid tersebut, memujuk supaya tidak menangis, juga menemannya makan.

Perkongsian daripada Cikgu Mohd Salimi Ahmad melalui facebook, diharap dapat membuka mata ibu bapa dalam menghargai jasa seorang guru.

Jom kita baca di bawah.

Tadi kat sekolah ada seorang anak murid melayu tahun 1 waktu rehat duduk dlm bilik air menangis teresak2.. masa tu ramai murid2 lain dok keluar masuk dlm tandas..

So, cikgu2 kat situ bagitahu murid tu terberak dalam seluar, habis kena baju dan seluar dia…

Saya dan Cikgu Zul serta seorang lagi cikgu cina cuba bantu murid tu selesaikan masalah dia, alhmdulillah ada juga baju spare kat sekolah, baju t-shirt serta seluar pendek .. alhamdulillah, cikgu2 lain pun turut membantu..

Saya dan cikgu zul masa tu sama2 pujuk murid tahun 1 tu supaya jgn menangis,”Takpe.. man (bukan nama sebenar) tak payah menangis ye, bukan ada apa2 pun, sekarangg man masuk ke tandas, buka baju semua, bersihkan badan man, nnti dah abis keluar tukar baju lain ye.. nnti baju yg kotor semua letak dlm plastik ni, cikgu letak kat sini, ayah dtg nnti jgn lupa ye ambil baju ni bawa balik ye..”

Sambil2 dok tggu murid tu bersihkan diri, saya dan cikgu zul dok borak2 le.. budak ni menangis bukan sebb apa, sbb dia malu n takut kena marah tu.. cikgu zul pun menambah,” tu lah, kita pun ada ank besar mcmni, kita kena bygkan kalau anak kita sendri kat sekolah jadi mcmni, mesti dia pun akan rasa sama mcm budak ni rasa. betul tak?”

Saya jawab : “yela , betul la tu, sbb tu, kita kena anggap anak2 murid kita ni sama mcm anak2 kita, kalau kita buat baik pada anak2 org, insya Allah kita juga akan dibalas mcmtu”.. “saya masih igt dulu di sekolah lama, kes murid berak dlm kelas juga, waktu tu, mmg saya sendri uruskan, basuh bersihkan dia, dan bersihkn pakaian dia, luar dan dlm..”

Selesai semua, saya temankan dia mkn, sbb dia mmg belum mkn lagi.. masa mkn tu, dia jamah 2 3 suap je, saya ckp “knp sikit je mkn? Takpe, kamu mkn je byk2, xpyh takut, cikgu xmrh kamu xmasuk kelas lagi, sbb cikgu kelas kamu dh tahu tadi kamu tak mkn lagi, jadi kamu mkn je ye..

Lagipun kesian kat mak kamu bagi bekal bihun ni kat sekolah, nnti balik sedih dia tgok kamu mkn sikit je, tak abis, mesti dia sedih kan.. “then, dia buka balik makanan dia dan teruskan mkan, alhmdulillah.. lepas selesai tu saya sruh dia masuk kelas mcm biasa..

Yela, diorang ni kan masih kecil, sama mcm anak2 kita kat rumah, so, kat sekolah, guru2 le ibubapa diorang..

Harap2 ibu bapa kat luar, tak byk, sedikit pun xpe.. hargai guru2 di sekolah ye,ayela kalau ada tersalah silap sikit dlm mendidik anak2 anda, maafkanlah kami.. klau boleh bincang dan selesaikan baik2 di sekolah. . boleh kan?

Sumber : Mohd Salimi Ahmad