Cuba Amalkan Petua Orang Lama Ini Untuk Yang Sakit Tumit

Cuba Amalkan Petua Orang Lama Ini Untuk Yang Sakit Tumit | tumit adalah sakit yang dirasakan pada seluruh tapak kaki atau hingga ke buku lali. Simptom ini terjadi apabila berlaku keradangan pada tisu pelantar yang membentuk lengkuk pada tapak kaki.

Biasanya, sakit akan menjadi lebih teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur kerana pada waktu itu tisu pelantar menjadi ketat.

Bagaimanapun, selepas berjalan beberapa langkah, tisu itu menjadi longgar dan sakit mula berkurangan.

Sakit tumit juga boleh terjadi apabila pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama dan kebiasaannya ia terjadi kepada mereka yang sudah berusia atau mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

Sakit tumit bukan saja menyukarkan pesakit untuk berjalan tetapi ia juga menyukarkan pesakit untuk berdiri terlalu lama.

Bagaimana Untuk Mencegahnya?

Sebaik saja bangun dari tidur, lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.

Selain daripada itu, anda juga boleh gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk memastikan tapak kaki berada dalam keadaan tetap dan selesa semasa tidur.

Coarse salt, close-up

Cara Tradisional Mengurangkan Sakit Tumit

Sediakan satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar.

Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit.

Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insyaAllah akan sembuh sepenuhnya.

Susah nak buat kerja kalau sakit tumit kaki. Cubalah amalkan mana-mana petua, mudah-mudahan boleh membantu mengurankan rasa sakit atau menghilangkan terus sakit tersebut.

Sumber : Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*