Inilah Doa Yang Di Amalkan Abu Darda Untuk Melindungi Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Inilah Doa Yang Di Amalkan Abu Darda Untuk Melindungi Diri, Keluarga Dan Harta Benda

(Doa untuk Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah)

Hari tu sedang asyik like2 n komen kat FB, ternampak lak post kak Ku-jie pasal Doa Abu Darda ni.. Masa tu kak Ku-jie tengah risaukan kucen2 jirannya yang selalu sangat dicuri oleh seekor monyet disitu.. Ku-jie ada mengongsikan Ayat/Doa Abu Darda ni di dalam komen tersebut.. teman pun bagai mengantuk disorongkan bantal lah.. hee.. Haa..

Memandangkan teman memang mencari doa2 begitu untuk dijadikan amalan.. maka teman pun nak share dengan korang cerita disebalik Doa Abu Darda ni dan apa kebaikannya jika diamalkan.. tQ buat kak Ku-jie yang sudi share pasal ni.. untuk kedai pun boleh kan kak Ku-jie? ok.. meh kita baca sama2.. kot2 korang pun tercari2 gak doa ni kan..

Doa Abu Darda ialah Doa untuk Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah. Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar.

Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.

Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatuDan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan dirikuDan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.Sesungguhnya Tuhanku sentiasaberada di jalan yang lurus.

tq buat kak Ku-jie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*